Rantai Loceng:
Rantai loceng kucing digunakan untuk mengelakannya menangkap mangsanya seperti tikus dan burung.
Disebabkan kedua-dua mangsanya ini membawa penyakit dan parasit dapatlah dielakannya dari menangkap mangsanya itu.
Namun, pemakaiannya sebagai aksesori untuk kucing yang tinggal di dalam rumah adalah tidak sesuai kerana lehernya adalah tempat bagi kutu bersarang.Ini juga boleh mengalakan parasit bermastautin di situ.
Sekiranya masih sukakannya memakai rantai loceng pastikannya selesa dan tidak terlalu ketat mahupun longgar kerana kucing suka bermain dengan tali serta boleh sebabkannya tercekik.
Hendaklah selalu mencucinya.
Elizabeth Collar:
Elizabeth collar diberikan kucing memakainya untuk mengelakannya menjilat dirinya sendiri.
Terutamanya selepas menjalani pembedahan supaya ianya tidak dapat menjilat-jilat kesan luka bedahnya sendiri.
Amat sesuai dipakaikan selepas menyapu krim berubat kepadanya kerana menghalangnya menjilat kesan ubat yang mungkin beracun untuknya.
Elizabeth collar ini berbentuk seperti tudung lampu meja yang dipakaikan secara terbalik dan boleh juga dibuat sendiri mengunakan kertas keras ataupun kepingan plastik yang lutsinar.
No comments:
Post a Comment