Showing posts with label Hotel Kucing 2010. Show all posts
Showing posts with label Hotel Kucing 2010. Show all posts

Friday, June 3, 2011

Blackie & Belang Ke Homestay Kucing

Di awal pagi hari ini pula datang pula 2 ekor kucing berbaka tempatan untuk menjadi tetamu Homestay KucingUtara untuk beberapa hari.Kedua-duanya menunjukkan mudah menyesuaikankan dirinya dengan persekitaran baru, walaupun terdapat "tetamu" lain di homestay KucingUtara.

"Belang" & "Blackie" di dalam di dalam "cage'nya sendiri yang disediakan oleh tuannya.


Nama: Tiada -Digelarkan sebagai "Belang" oleh KucingUtara
Baka: DSH (domestic short hair)
Makanan: "Dryfood" tempatan
Jantina: Betina
Bulu: Jenis cork bulunya adalah Mackerel tabby


Nama: Tiada -Digelarkan sebagai "Blackie" oleh KucingUtara
Baka: DSH (domestic short hair)
Makanan: "Dryfood" tempatan
Jantina: Betina
Bulu: Jenis cork bulunya adalah "solid black"

Tempoh Penginapan: 3rd June- 6th June 2011...


Wednesday, December 22, 2010

Homestay Kucing Akhir Tahun 2010

Hanya berbaki lebih seminggu saja lagi sekolah pun akan mulai persekolahan tahun baru.Cuti panjang sebulan ni pun dah tinggal seminggu saja, cuma hujung minggu ni dan minggu depan ada sikit cuti untuk wargakerja sempena Krismas & Tahun baru.
Rasanya, Boboy@ GiGi adalah kucing terakhir datang menginap beberapa hari di minggu lepas di Kucingutara homestay untuk tahun 2010 ini...Kepada yang tidak sempat tu & tempahan "bilik kucing" yang ditolak tu ,,maaflah ya sebab bila masuk hujung tahun ini biasa la sibuk sikit..Insyaallah jumpa lagi di tahun hadapan...

Boboy@GiGi ..sudah datang sini buat kali keduanya...suka buat muka manja

Boboy@GiGi ..sudah biasa dengan rumah Kucingutara...free roaming memanjang...
Boboy@GiGi ..sudah datang sini buat kali keduanya...suka buat muka manja
Boboy@GiGi ..bilik ini belum pernah masuk lagi sebelum ni ..jadi buat tanda dengan mengesel-gesel badannya ke pintu

Tuesday, December 7, 2010

Cuti Sekolah December 2010

Cuti sekolah tahun ini agak ramai juga kucing-kucing kesayangan (kucing yang bernama manja) datang bertandang ke KucingUtara...untuk penjagaan sementara sementara tuan mereka keluar bercuti.
Penjagaan mereka ini tidak begitu menyusahkan , selagi makanan, minum dan tempat tidur terjaga serta bebas bermain dengan toys di ruang tamu, namun terhad di dalam rumah saja.
Cuaca tahun ini agak sejuk sikit kerana selalunya hujan di sebelah petang, apa lagi kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan tidur,,,tidur,,,tidur lagi....
Tidur...lena...tidur...tidur..ZZZzzzZZZZzzzz
Ini nama-nama kucing comel yang bertandang:
~Boboy
~Tuah
~Joni
~Abby
~Eyjay
~Comel
~Manja

ZZzzzzZZZZzzzz....sampai ternganga ...

Friday, November 12, 2010

Homestay kucing kembali lagi

Almaklum lah...mulai minggu depan ada antara kita akan bercuti bersempenakan hari raya haji...
Kucing-kucing pun sibuk pula kena bertandang ke "taman asuhan kucing"....sebab ada yang tidak boleh ikut balik kampung bersama tuannya...

Hari ini, sudah 4 ekor kucing comel-comel belaka datang "check in" menginap di Homestay KucingUtara ..lama juga mereka ni akan tinggal di sini lebih kurang seminggu.

"Boboy" kucing persian, bulat & montok badannya sangat comel serta mempunyai bulu yang cantik.
Lebih mirip kepada Garfield....
Kucing campuran persian+domestic ...datang bersama ibunya dan adiknya(gambar di bawah)..
Adiknya yang agak malu-malu ..kedua-dua ekor kucing ini agak besar serta berat badannya kerana makan makanan premium dari Dryfood Iams...
**Minggu depan ada lagi sepasang kucing persian pula nak bertandang dan mungkin sehari sebelum raya**

Wednesday, October 27, 2010

Boboy & the geng datang homestay

Jumaat lalu boboy & gengnya datang menginap di homestay KucingUtara...
Boboy ni besar saiznya serta "macho" dan rasanya dia ni baka siamese tapi gengnya pula persian ...semuanya comel-comel belaka...

Semalam dah pun check out....
                                        Boboy ...lepak di homestay
                                Adik "angkat" boboy ni unik sebab matanya dua warna(blue & yellow)
                                          Mimi......Best friend Boboy

Homestay kucing ini ,sebenarnya macam pusat jagaan/asuhan kanak-kanak sebab kita perlu beri makan, minum ,jaga kebersihannya,belaian serta bermain dengan mereka.....
Lebih kurang sama dengan mengasuh ...cuma tak perlu tukar diapers tapi kena buang "poo"nya secara live...

Friday, October 8, 2010

Cat Boarding kembali lagi

Cat boarding..menarik juga untuk kucing di mana tempat penginapan sementara bagi mereka.
Dengan kata lain, cat boarding yang sesuai dan elok adalah berkonsepkan asuhan ataupun nursery untuk kucing.
Makan ,minum dan tempat tidur yang dijaga rapi oleh "staff" cat boarding serta bebas bermain diluar.

2 hari yang lalu 3 ekor kucing mixed persian +kampung datang check in ke Homestay Kucing Utara walaupun bukan masa cuti sekolah....


           Gambar kenangan di Homestay dan begitu asyik minum air....
Esok dah nak check out..inipun kena tunggu tuannya datang ambil , tiada la extra charge walaupun lewat....

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya 2010

Selamat menyambut hari raya aidul fitri....
Hari ini dah mula bercuti dan ada yang bertolak balik kampung satu keluarga serta macam-macam nak kena bawa balik kampung ....ada juga dah pulang awal sebab ikut masa cuti sekolah yang awal seminggu.

Kucing pulak amacam...teringin juga rasanya nak balik kampung sekali kot tapi apa boleh buat ,kereta pun dah penuh dengan segala-galanya,maklumla zaman sekarang ,baju raya ni bukannya sepasang saja...di kampung nanti ramai kaum kerabat tuannya serta sukar bagi tuannya nak jaga sebab tuan pun nak beraya setahun sekali...

Bagi tuannya sekadar berkongsi gambar yang captured dalam handphone sebagai ganti untuk menceritakan tentang kucing kesayangannya pada rakan serta sanak saudara...


Jadi ..sekali lagi kucing pun tinggal di Homestay kucing ...untuk raya tahun ini..apa-apa pun ini adalah yang terbaik dapat kita lakukan kepada mereka dari dibiarkan sendirian di rumah ataupun dibawa balik kampung beraya tetapi tiada masa untuk mereka,serta mungkin dibuli oleh kucing lain..


Yang pasti apa yang penting bagi kucing adalah keselesaan tempat tinggal serta tenang dan damai.

Selamat Hari Raya....

Thursday, August 19, 2010

August 2010

Beberapa ekor kucing datang "bercuti" di Homestay Kucing Utara.
Kesemuanya mereka ini tidak banyak komplen serta baik-baik belaka dan agak selesa menginap di sini.

 1) Kucing parsi betina(AJ namanya) bersama-sama dengan anaknya 2 ekor bertandang untuk 3 hari 2 malam.Ini adalah kali kedua dia bersama-sama anaknya menginap disini.
AJ baru menjalani pembedahan dan pemberian ubat untuknya diperlukan.Namun begitu agak sukar juga memberi kucing makan ubat pil ni.

2) Mimi berasal dari Seberang Jaya dan kali pertama bertandang ke sini.Ianya lebih gemar berada diluar daripada menghabiskan masa dalam ""bilik"nya.
Kucing agak comel dan unik kerana tompokan warna oren di sebelah mukanya.


3) Sepasang kucing parsi dari Simpang 4 tasik...sangat gebu dan montel dan juga pertama kali bertandang ke homestay kucing utara untuk satu malam.
Kedua-duanya juga lebih gemar berada diluar biliknya.

Thursday, June 24, 2010

Hotel Kucing

1) School holiday 2010 baru saja berakhir dan semuanya orang dah kembali sibuk dengan urusan harian seperti biasa.
2) Yang menariknya,masa cuti tu ramai keluar bercuti tapi agak sukar bagi pembela & penyayang kucing kerana siapa yang boleh menjaganya semasa ketiadaan.Harapkan kawan,ahli keluarga pun masing-masing ada hal sendiri.

3) Untuk pertama kalinya ,saya pun menawarkan service homestay untuk kucing.Idea ni tercetus ketika salah seorang kawan saya yang membela berapa ekor kucing kesayangan anaknya tapi hadapi masalah penjagaannya ketika bercuti.


4) Tak disangkakan,banyak juga kucing datang yang menginap di hotel ini.

5) Anak-anak saya begitu seronok sekali melayan kerenah pelbagai kucing yang datang.

6) Memang seronok dapat mengambil kucing-kucing sebagai "pet" angkat.

7) Rasa sedih juga masa mereka check out dengan tuan masing-masing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...