Tuesday, November 30, 2010

Suhu normal kucing

Kekadang tertanya-tanya juga penyayang kucing kerana rasakan panas pada badan kucing bila disentuh.Terfikirkan pula yang kucingnya ini "demam" ...Hmm apapun kita perlu pastikannya betul-betul demam baru la berubat ,jika bawa jumpa vet ...membazirkan wang saja.
Suhu Normal Badan Kucing:
Kucing dewasa antara suhu : 38 ~ 39 celcius
Anak kucing bawah 10 hari : 36 ~ 38 celcius(suhu badannya lebih rendah kerana anak kucing tidak berupaya mengimbangi suhu lagi)
***Suhu normal badan kita adalah antara 36.5 ~ 37 celcius & sudah tentu kita akan rasa panas sedikit bila menyentuh badan kucing***


Suhu yang dianggap tinggi:
Jika suhu badannya mencecah 40 celcius besar kemungkinan ianya mengalami demam"fever" kerana badannya melawan virus yang menyerangnya.Ketika ini perlulah datang rawatan dari Vet.
Bagaimana mengambil suhu badan kucing:
1) Gunakan thermometer yang digital supaya mudah membaca bacaannya serta berbentuk seperti pen dan boleh didapati di kedai farmasi.
2) Sapukan sedikit Vaseline lotion di hujung tip thermometer sebagai pelincir ketika mengambil suhunya.
3) Untuk mengambil suhu badan kucing adalah yang terbaik di bahagian punggungnya kerana dapat memberi bacaan yang tepat bukannya di bawah ketiaknya...


4) Masukkan thermometer ke dalam punggungnya selama lebih kurang 1 ~ 2minit ,thermometer digital akan bunyikan "Bippp" sebagai alat penggera bila cukup masanya (Perlu dibuat dengan pembantu kerana agak sukar mengawalnya).
***Telinga juga salah satu tempat mengambil suhunya tetapi thermometer khas untuk telinga terlalu mahal***
Tips:Jangan sesekali memberi kucing Aspirin yang kita ambil ketika demam kepada kucing kerana toksik kepadanya.Ini disebabkan kucing tidak mempunyai enzim "Elucuronyl Transferas"untuk menguraikan serta nyah-toksikkan asipirin.

11 comments:

ct noarizah said...

Salam..sy baru shja kematian ank kucing pagi semalam(30/11)..ank kucing tu berusia 3 bulan masih ada ibu..sebulan yg lepas sy bw dia blk kermh sy tapi ibunya tggl di kg ats permintaan ank sya.

kami jaga cukup baik,ckp makn dan ada tmpt tggl selesa..pd 28/11 sy bw dia blk kg bersama anak sy..ibu kucing masih kenal anaknya dan menyusukan anaknya itu..tapi keesokkannya (29/11) a/kucing tu muntah tapi masih terus menyusu dan tak mahu makan.

Pagi semalam (30/11) dia sakit dan tak larat bangun dan terus mati kami tak sempat bawanya ke klinik ..adakah susu ibunya itu menjadi penyebab dia jth sakit selepas sebulan tidak menyusu?..sy masih tertanya-tanya knpa dia boleh mati sedangkan dia cuma muntah dan tak mahu mkn slama 1 hari.

Kucing Utara said...

Takziah utk anak kucing tu...
Susu ibu kucing mmng boleh merebak parasit(tapeworm,hookworm,roundworm) mlalui penyusuan..
Simptomnya memng la muntah ,letih,tidak berselera mkn jika dijangkiti Hookworm kerana cacing ini hisap darah dri ususnya.
Pdgan saya:
1) Jika mati kerana cacing-Anak kucing ni sudah pun dijangkiti hookworm..50%
2)Walaupun maknya merebakkan cacing melalui susunya..tak mngkin boleh membunuhnya dlm masa 24jam.10%
3)Keracunan...ANAK KUCING INI TERMAKAN BAHAN BERRACUN SEBELUM MINUM SUSU..apa yg nampak hnya tika dia minum susu ..80%

ct noarizah said...

Maaf bertanya lagi...apakah makanan yang pantang dimkn oleh ank kucing dan kucing dewasa..cnthnya anjing tak boleh di beri mkn coklat..bgmana pula dgn kucing?

Kucing Utara said...

Xpa...masa CT comments saya tengah tulis entri blog mengenai makanan beracun utk kucing..nnti bacalah ye..

Farah said...

Salam..thanx for the article..sgt2 membantu..bdn kucing sy sgt panas..sy ada lah cek suhu bdnnye..tp tak la kat punggung..tak sampai ati lak nk cucuk punggung die..sy cek kat ketiak je la.adakah bcaannya jd kurang tepat?agak2 ralatnye brape degree?

Kucing Utara said...

punggungnya adalah tmpt yg sesuai utk ambil suhu badannya berbanding ketiaknya..kerana jika diambil di ketiak ,,bacaannya agk rendah berbnding dri pungung..

Anonymous said...

Salam, saya ada kucing yang pernah dijangkit FIP (FCov). Telah berubat dengan 2 klinik tetapi tidak berhasil. Dalam masa 1 minggu kucing saya tiada selera makan dan kurus sangat. Doktor telah mengesahkan dia kena FIP dan tidak ada ubat untuk penyakit tersebut. Alhamdulillah dengan izin Allah, dia sembuh sekarang dan seperti normal. Saya telah memberi rawatan herba untuk kucing saya tersebut. Sesiapa yang kucing yang ada menghidap FIP boleh email saya ke syamine124@gmail.com. Saya akan bantu kucing anda, Inshallah.

Anonymous said...

Sy baru mbeli seekor kucing..kutu telah dirawat tetapi slpas 1minggu Kucing sy dah 3hari dmm..dah 2malam bek inject kat vet smlm sampai 4inject tak tau le apa yg diinjectkan..tp kucing still lemah..x makan..apa yg perlu buat?wan melaka

Kucing Utara said...

kenapa bnyaknya diinject....jika demam berterusan jugak elok bwa jumpa vet yang sama utk follow up ..

Unknown said...

Suhu kucing saya 39.7. Apa patut saya buat.. setakat ni saya bagi minum air dan nutri plus gel

Kucing Utara said...

masih dlm range suhu normal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...