Nufnang Ads

Friday, October 5, 2012

Suhu Air Memandikan kucing

Kucing biasanya tidak memerlukan mandi dalam keadaan hidup kebiasaannya kerana jilatannya sendiri ke bulu-bulunya adalah sebagai penyapuan bahan pelindung & terapi dari 'air liur"nya, tetapi jika kucing yang terkotor ataupun kerana sebab lainnya seperti kutu, fungus dan lain-lainnya, memandikannya sudah jadi satu kemestian.


Suhu air mandi 
Pastikan suhu air adalah kira-kira 37 darjah celcius saja yang agak tidak terlalu panas baginya. Ini adalah suhu yang terbaik untuk keselesaan haiwan kesayangan anda dan juga syampu yang digunakan akan menjadi lebih berkesan. Air panas atau sejuk akan menyebabkan keresahan kepada kucing dan boleh membuatkan kita sukar untuk mengendalikan.  
***Air sejuk/biasa boleh digunakan untuk memandikannya jika kucing tiada masalah dengan air ***

Tempat yang sesuai dimandikan:
>Sink adalah tempat yang paling sesuai untuk memandikannya kerana kita boleh melakukannya dengan keadaan berdiri serta mudah untuk mengawalnya yang mungkin akan lari kerana takutkan air.
>Letakkan permaidani kecil atau tuala diatas sebelah/sisi sink atau tab untuk kucing berpaut kepadanya. Kucing mungkin rasa tidak selesa serta panik pada permukaan licin di mana ia tidak boleh mencengkam berpaut dan ini membuatkannya rasa tergerak untuk melarikan diri.


Langkah sebelum mandi 
>Perlu memberus dan menyikatnya haiwan kesayangan anda sebelum memandikannya kerana ini membantu membuang bulu-bulunya yang mati  dan membantu melonggarkan/meleraikannya.
>Sebelum memandikan kucing, letakkan setitik minyak mineral dalam setiap mata untuk mencegah kerengsaan/kepedihan daripada sabun serta juga menjadi kalis air.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...