Saturday, October 9, 2010

Bolehkah kucing makan ikan?

Kalau sebut kucing saja semestinya kucing makan ikan dan dianggap seperti makanan asasinya.
Boleh ka kucing makan ikan???

Kenal dulu dengan Ikan:
Ikan mentah kaya dengan sejenis enzim "thiaminase" dan enzim ini pula mengurangkan vitamin B1 dari badan.
Ikan mentah juga membawa parasit seperti cacing "tapeworm" dan cacing tapeworm ini akan memakan semua zat & vitamin dari dalam badan kucing.
Ikan juga tercemar dengan beberapa bahan toksik seperti Merkuri dan juga PCB-polychlorinated biphenyl yang boleh memudaratkan perut serta hati.




Ikan Tuna pula mengandungi jumlah yang rendah untuk vitamin E kerana kandungan "fatty acids" di dalamnya menghapuskan vitamin E. Untuk jangkamasa yang panjang ianya boleh menyebabkan kekurangan vitamin E dan akibatnya kucing akan mengalami "steatitis" (yellow fat disease). Tulang ikan tidak boleh dihadam oleh kucing malah boleh mengganggu ataupun blok di dalam ususnya.
 
Kucing kekenyangan selepas dinner sambil tengok Astro
 Ikan Yang Dimasak:   Ikan yang di masak hanya boleh menghapuskan enzim thiaminase tetapi tidak dapat menghapuskan merkuri serta PCB-polychlorinated biphenyl.
Apa yang patut dibuat:
Walaubagaimanapun memberi kucing makan ikan samada mentah ataupun masak tanpa tulang tidak akan memudaratkannya sekiranya diberikan pada kadar seminggu sekali. Jangan hanya memberinya 100% ikan sebagai makanan utama saja terutamanya yang mentah. 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...