Cerai susu ataupun weaning adalah satu proses perubahan yang amat penting bagi anak-anak kucing kerana jika terlalu awal mencerai-susukannya boleh menyebabkan kematian.
Anak kucing bergantung terhadap susu ibunya yang kaya dengan zat & vitamin yang diperlukan untuk membentuk daya imunisasi badannya melawan penyakit.
Waktu Cerai Susu:
Anak kucing bergantung terhadap susu ibunya yang kaya dengan zat & vitamin yang diperlukan untuk membentuk daya imunisasi badannya melawan penyakit.
~Kebiasaannya anak kucing akan mulai cerai susu "weaning" seawal usianya 4 minggu ini adalah kerana di usia antara 2 ke 3 minggu gigi susunya sudah mulai tumbuh dan boleh memakan sendiri.
~Jika ibunya sihat, ia akan terus menyusui anak-anaknya sehingga berusia 10 ke 12 minggu jika tiada sebarang masalah yang dihadapi ibunya seperti mulai galak "heat" ataupun kurang zat makanan.
~Kebiasaannya ibu kucing akan memberhenti susui anak-anaknya apabila masanya sudah tiba kerana berdasarkan kepada "Biology Clock"nya sendiri tanpa perlu dibantu.
~Ibunya akan sentiasa bersama-sama anak-anaknya tetapi lebih suka meniarap bagi mengelakkan anaknya menghisap puting susunya dan selalunya akan bersama mereka sekurang-kurang sehingga 8 minggu.
Masalah Cerai Susu Awal:
~Jika dicerai susu terlalu awal boleh menyebabkannya mudah diserang penyakit yang bahaya untuk kucing seperti selsema kucing disebabkan virus.
~Masalah susu kerana susu lembu tidak sesuai kepada anak kucing dan boleh menyebabkannya cirit-birit dan hanya boleh diberikan susu khas untuk kucing yang boleh dibeli dari petshop.
***Langkah terbaik adalah pengambilan anak kucing semestinya ketika berusia sekurang-kurangnya 8minggu ataupun lebih.Umur yang paling ideal adalah 3 bulan***
3 comments:
Info menarik...blog saya https://cararesepi.blogspot.my/
Bilanya pulak si ibu bole di bawak ke veterinar tuk suntikan vaksin2 tertentu??
Bilanya pulak si ibu bole di bawak ke veterinar tuk suntikan vaksin2 tertentu??
Post a Comment