Wednesday, December 1, 2010

Makanan di rumah yang beracun untuk kucing

Walaupun makanan yang biasa untuk kita dimakan tetapi adalah berkemungkinan merbahaya pada kucing kita .Ini adalah kerana kelemahan dalam sistem penghadaman tentang penghasilan enzim.
Ini adalah makanan yang mudah didapati di rumah kita dan mungkin memudaratkan kucing:
1) Bawang
Bawang besar & bawang putih mempunyai "thiosulphate"yang sangat toksik kepada kucing dan menyebabkannnya menjadi lemah serta sukar bernafas.Ini kerana "thiosulphate"merosakkan sel darah merahnya.
2) Coklat,koko,kopi
Koko mengandungi sejenis enzim "Methylated Xanthine"yang sangat merbahaya & boleh meracuni kucing.Antara kesan diracuninya adalah muntah,cirit,kencing berlebihan dalam masa 36 jam.
"Methylated Xanthine"ini juga terdapat dalam caffeine kopi dna kesannya adalah merosakkan sistem saraf dan gangguan pernafasan kucing.
3) Telur Mentah Telur pula mengandungi enzim yang akan mengurangkan kandungan vitamin biotin dari badan kucing.Ini menyebabkannya kehilangan bulu serta menghidap sakit kulit.
***Kulit telur perlu dibuangkan didalam tong sampah tertutup kerana kucing suka menjilat lebihan telur dari kulit telur***
4) Susu Lembu
Kucing tiada keupayaan dan tiada enzim yang boleh meleraikan gula laktose dari susu lembu dalam sistem penghadamannnya.Ini menyebabkannya akan cirit,sakit perut dan muntah sebagai tindakbalas.
5) Ikan??? sama dengan entri sebelum ini.
Tuna-Ikan Tuna boleh menyebabkan kucing menghidapi penyakit "Yellow Fat Disease" ataupun digelarkan "Steatitis" iaitu bermasalahan disebabkan oleh lemak ikan ini.
***Tuna dalam makanan tin adalah selamat kerana sudah diproses khas untuk pemakanan kucing tetapi jika ikan tuna yang segar dimasak sendiri adalah berisiko***
Ikan Mentah-Jika kucing kerap memakan ikan mentah boleh menyebabkannya mengalami masalah kekurangan Thiamin dna ini akibatnya kucing akan tiada selera makan serta kurus.
6) Daging Mentah- Daging mentah berlemak juga tidak sesuai untuk kucing kerana boleh menyebabkannya sakit perut & boleh mengundang penyakit hati "Pancreatitis".Simptomnya adalah muntah,demam dan tidak bermaya serta akhirnya pengsan.

3 comments:

ummufaqeha said...

niss penah try bagi kucing niss mkn daging.tapi yg da di rebus.die org suke sgt..

ct noarizah said...

Terima kasih ats penerangan yg di berikan...mgkin salah satu makanan yg tersenarai telah termakan oleh anak kucing sy dulu.

Sy belajar dr pengalaman agar mengambil tahu keperluan yang boleh dan tidak jika ingin membela haiwan peliharaan...sy dan anak2 masih bersedih dengan kematian MIMIE..blh baca N3nya di blog sy jika sudi.

Kucing Utara said...

Niss..utk jngkamasa pnjang mungkin boleh mudaratkan kucing jika makan daging krana lemak daging tu boleh sbbkan masalah hatinya...sekali skala tu okaylah tpi kena pastikan free fat meat..
Sebenarnya..daging yg betul2 boleh beri kesan kepda kucing adalah Ham,bacon..sya rasa mesti tahukan punca daging ni...sya Xtulis dlm blog..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...