Sunday, February 6, 2011

Anak kucing berumur 1 minggu

Sekarang ni anak-anak kucing "cross-breeding"antara Maine coon & turkish sudah mencapai usianya lebih seminggu.Keadaan mereka amat memuaskan tiada sebarang masalah dan ibunya pun sudah pandai menjaga anak-anaknya ,namun sudah tunjukkan nak "heat" lagi.Buat masa sekarang terpaksalah asingkan ibu dan anak-anaknya dari kucing jantan kerana takut ibunya mengawan lagi dan ini boleh menyebabkannya tidak pedulikan anaknya nanti....

5 ekor anak-anak kucing ,,,tidur bertindih sesama mereka untuk memanaskan badan.

Selepas saja umurnya mencecah dan melebihi 1 minggu anak kucing sudah membuka matanya buat pertama kali untuk melihat alam dunia luar.Berat badan mereka pun sudah bertambah antara 2- 3kali ganda dari berat semasa lahir dulu.
Keadaan mereka masih lagi kurang kuat dan mulai merangkak-rangkak sambil mengeret kaki-kakinya kerana kakinya boleh lagi berfungsi sepenuhnya dan boleh dilihat masih terketar-ketar ketika mengangkatkan kepalanya.

Telinganya pun masih lagi buka sepenuhnya dan kecil.
Sangat comel.........

7 comments:

Nurdiyana Yaccob said...

comelnya...mmg sukabetul tgk ank kucing...comel sgt....rasa hilang semua masalah...

meowwmania said...

suka sgt kucing time kecik camnih, rasa cam nak geget2 jek gewammm!!

Kucing Utara said...

bahaya tu...smpai nk gigit sicomel ni..hehehe

Apple said...

comeyy~

Supernova said...

comeyynyaaa anak kucing tuw!! nk pegang. hehe.. meow~ :3

Unknown said...

Hai..saya ada sekor ank kucing yatim piatu bawah umur sminggu y baru saya pelihara sjk 2 hari lepas..tali pusat pun baru jatuh sehari y lepas..masalahnya skrg, ank kucing tu mcm xnk buang air besar lepas disusukan..saya guna susu formula khas untuk baby kucing..saya gunakn tisu y dibasahkn dgn air suam untk galakkan dia buang air besar, tapi masih juga xnk jadi.. apa perlu saya buat? adakah bby kucing tu ada masalah pembuangan ataupun ianya memg prkara normal? ney 1st time saya cuba besarkan bby kucing..diharapkn admin dapat membantu..tqsvm

Kucing Utara said...

anak kucing awal usia dibawah susu tidak akan berak lagi sebb tiada makanan pejal yg dimakannya..pembuangan najisnya secara cecair sikit2..sebb tu ibunya akan sentiasa menjiat2 anaknya masa ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...