Kucing liar yang berkeliaran di bandar ataupun pekan kecil hidup dalam kedaan kais pagi makan pagi kais petang makan petang seperti kata bidalan lama.Kucing ini lebih bijak dan pandai untuk mencari makannya sendiri dan selalunya akan membuat "port" tempatnya berteduh di tempat yang berdekatan sumber makanan dan air seperti di restoran dan selalunya di gerai makanan.
Kucing belang betina ini dijumpai serta berlepak berdekatan sebuah restoran(Western coffe house) di Gurney Drive Penang dan nampaknya mempunyai anak kecil kerana fizikal puting susunya yang timbul seperti ibu yang menyusui anak.Namun begitu keadaannya nampak kurus kerana mungkin makanan yang dapat dari restoran berdekatan agak kurang sesuai baginya ataupun agak sukar baginya untuk mendapat makanan kerana sudah pasti pengurus restoran ini tidak begitu menyukai kehadirannya.faktor ini menyebabkannya agak sukar dihampiri dan akan lari jika cuba memegangnya...
Berbeza pula kucing putih betina ini yang juga mempunyai anak seramai 7 ekor dan 3 ekor daripadanya sudah ambil orang yang sukakan kucing ketika berkunjung ke sini.Kucing ini pula menetap di warung/gerai makanan di bandar Kangar.Secara fizikalnya nampak gemuk dan mudah dihampiri kerana tuan kedai nampaknya mengenali kucing ini dan mungkin juga mudah baginya mendapat makanan tanpa sebarang masalah.
Ini pula sekor lagi kucing hitam berdada putih di Kangar Perlis....Menunggu habuan sisa makanan dari pengunjung.
2 comments:
Salam Meow Utara,
Agak2nya siapa yg lebih bernasib baik, kucing terbiar dibandar @ kucing terbiar dikampung..?
Kucing terbiar di kampung lebih baik sebb mereka mudah disayangi oleh penduduk setempat....
Post a Comment