Saturday, August 25, 2012

Tanda-Tanda kucing keracunan

Kucing agak mudah terdedah kepada keracunan kerana sifatnya yang ingintahu tinggi terhadap sesuatu benda samada melalui pemakanannya , hidu serta juga melalui serapan ke kulitnya.Kucing yang bebas keluar/masuk lebih berisiko berbandingkan kucing yang tinggal di dalam rumah "indoor" ,namun risikonya masih ada jika bahan-bahan di dalam rumah tidak dikawal dalam penggunaannya.

Keracunan dari bahan yang kita gunakan:
Ini termasuk peluntur pakaian "bleach"/clorox, ubat sembur nyamuk, ubat lingkaran nyamuk, ubat gegat, racun/ubat tikus,alkohol/thinner, cat,penyuci lantai,tandas ,ubat anai-anai dan lain lain bahan yang berasaskan bahan kimia.

Tandanya jika keracunan bahan berasaskan kimia
>Muntah
>Mulutnya berbuih-buh
>jatuh sakit serta merta
>tidak bermaya
 """"Hindarkan kucing semasa membuat rawatan anai-anai oleh pestcontrol untuk beberapa jam dari tempat yang dirawat ataupun dibubuh ubat ini"""

Keracunan dari sumber luar :
Ini secara asasnya berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan yang beracun kepada kucing seperti pokok/bunga kekwa ,teratai , bayam ceri liar , buah pala, badam dan lain-lain lagi kerana tumbuhan boleh meracuninya samada melalui pemakanan atau serapan ke kulitnya(seperti kekwa)

Tandanya jika keracunan 
>Muntah
>Sakit perut
>Gatal-gatal kulit
>Gangguan pernafasan
>Tidak bermaya
>Cirit
>Kurang air "Dehydration"  
>sawan


*** Terjadi juga sesetengah kucing hanya menunjukkan tanda-tandanya keracunan selepas beberapa hari iaitu 3-5 hari dan agak sukar dikenalpastikannya samda keracunan ataupun jatuh sakit kerana bakteria/virus dan lain-lain.Kucing secara perlahan-lahan akan hilang selera makan dan hanya meminum air secara sedikit dan mula tunjukkan tanda-tanda seperti di atas.Ini menyukarkan kita kerana tanda-tandanya hampir sama dengannya bilamana jatuh sakit.Rawatan & pemeriksaan dari Vet diperlukan segera kerana berisiko membawa maut***
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...