Monday, September 3, 2012

Kucing Suka duduk dalam kotak

Memang tidak dapat dinafikan , kucing malahan anak kucing agak gemar duduk di dalam kotak terutamanya kotak kadbod.Persoalannya kenapa mereka berbuat begitu dan sudah tentu ada sebab-sebabnya tersendiri.


Antara sebab-sebabnya:
>Kucing memang gemar bermain dari pandangan kita sebenarnya ini adalah salah satu cara latihan bersembunyi untuk menangkap mangsanya ketika memburu dan secara bermain-main sesama mereka dengan bersembunyi kemudian menerkam kawannya secara mengejut.
>Kucing rasa terselamat di dalam tempat yang sempit ruangnya walaupun keluasan tempat ini adalah sekadar memuatkannya seperti kotak kadbod, laci almari baju dan lain-lainnya terutamanya jika terletak di tempat tinggi.
>Kucing rasa selesa sekiranya ruang sekadar memuatkannya dan rasa lebih selamat.
*** Kaedah ini yang digunakan dalam penentuan saiz kotak "travel carrier" yang agak kecil walaupun bersaiz L dan cuma sekadar memuatkannya dan kucing lebih rasa selesa jika ianya memuatkannya tetapi bagi kita pula rasakan terlalu sempit untuknya.***


  >Tidak hanya kotak kadbod saja yang disukainya malah kucing juga lebih gemar duduk berjam-jam di dalam kotak pasirnya sendiri dan ini kerana ianya rasa terselamat kerana baunya agak kuat di sini dan mempercayai kawasan ini adalah kepunyaannya.
***Keadaan duduk di dalam kotak pasir tidak begitu baik untuknya  kerana boleh mengundang parasit seperti cacing, bakteria dan lain-lainnya menjangkiti berpunca dari pasir yang tercemar kerana najisnya sendiri.Sediakan kotak kadbod kepadanya untuk mengurangkannya melepak di tempat yang tidak sesuai***


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...