Tuesday, April 30, 2013

Taurine penting untuk kucing

Taurina ataupun Taurine  adalah asid amino tersangat penting di dalam diet/makanan kucing seharian.Taurina diperlukan kucing termasuk anak-kucing untuk otot-otot berfungsi secara normal , membantu daya penglihatan/kesihatan matanya dan juga untuk pembiakan/tumbesaran.Kucing juga bergantung kepada taurian untuk membentuk garam hempedu yang akan digunakannya semasa proses penghadaman. 
Taurina adalah  adalah sumber penting untuk kucing & anak kucing  supaya membesar dengan sihat dan kuat serta dapat mengekalkan gaya hidup yang aktif.
Kebanyakan mamalia (sebagai contoh anjing & manusia) dapat menghasilkan taurina mereka sendiri dari penghasilan/penghadaman makanan protein mereka sendiri  Namun, kucing tidak dapat ataupun berkebolehan dalam menghasilkan taurina mereka sendiri. Oleh itu, ia adalah penting untuk kucing mendapat taurina yang mencukupi dalam diet mereka secara berterusan.
Taurina begitu penting sepertimana disarankan oleh AAFCO  iaiatu jumlah yang perlu ditambahkan d ke dalam diet semua kucing. AAFCO mengatakan bahawa mana-mana produk makanan kering atau basah perlu mempunyai sekurang-kurangnya 0.1 % taurine dalam makanan kering dan 0.2 % dalam makanan basah.

Berikut adalah beberapa tanda-tanda lazim kekurangan taurina:
Buta: Taurina adalah penting untuk pembangunan dan fungsi sel-sel dalam retina mata. Jika kekurangan  taurina, sel-sel retina tidak berfungsi seperti yang sepatutnya dan boleh mati, yang boleh menyebabkan penglihatan dan buta .
Penyakit Jantung: Kekurangan boleh membawa kepada otot jantung yang lemah, yang akhirnya boleh menyebabkan kegagalan jantung. Keadaan ini dikenali sebagai cardimyopathy dan boleh membawa maut.
Masalah Pembiakan dan tumbesaran: Taurina adalah perlu bagi pertumbuhan pembiakan janin iaitu anak yang dikandungnya secara optimum. Kedua-duanya iaitu si ibu dan anak-anak yang dikandungkannya perlu mengekalkan tahap taurina yang mencukupi semasa mengandung, ketika menyusukan anak dan juga ketika tumberasan bagi memastikan tidak terbantut.
 <Oleh itu, pastikan makanan yang dibeli samada kering ataupun makanan basah, periksa samada Taurina/Taurine termasuk sekali>


3 comments:

Qema said...

gud tips!

Unknown said...

Wah yang ini Kimi baru tau...

Unknown said...

Wah Kimi baru tau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...