Persediaan adalah perkara utama untuk menghadapi perjalanan jarak jauh dengan kucing.kucing menjadi takut dan tertekan kepada kenderaan yang dinaikinya dalam jangkamasa yang lama disebabkan bunyi bising(samada dari kereta yang dinaikinya ataupun sebaliknya) Tekanan yang dihadapinya bukan saja semasa dalam perjalanan dan malah juga terbawa-bawa perasaan tertekan walaupun sudah sampai ke destinasi yang di bawanya.
Tidak digalakkan memegang/mendukung kucing semasa dalam perjalanan ketika memandu kerana kucing mudah bertindak agresif kerana tindakbalas kepada persekitaran terutamanya bunyi bising
Penyesuaian kepada Travel Box:
Sediakan travel box di rumah anda beberapa hari sebelum memulakan perjalanan dan cuba kurungkannya untuk seketika supaya kucing boleh meninjau , meneroka travel box dan membuatkannya rasa selamat.
Percubaan perjalanan:
Mencuba bawanya keluar untuk beberapa kali menaiki kereta untuk jarak pendek di hari-hari sebelum sebelum memulakan perjalanan dengan kereta supaya ianya membiasakan dirinya dengan faktor persekitaran yang sentiasa berubah kerana pergerakan kereta.
Pemberian makanan
Memberi makan kucing anda kira-kira 3 hingga 4 jam sebelum anda bertolak kerana membolehkannya menghadam makanan yang dimakannya supaya kucing tidak termuntah semasa dalam perjalanan nanti.
Barangan kesukaannya
Letakkan seperti selimut/kain lapik/mainannya dll (barangan yang biasa digunakannya ketika di rumah) di dalam travel box bersama-samanya supaya kucing anda masih merasakan kesan bau sepertimana yang dirasai di rumah sebagai langkah untuk menenangkannya serta keselesaan.
Travel box di dalam kereta
Untuk mengelakkan kotak travel tidak terjatuh/terbalik ketika dalam perjalanan kereta sepertimana terjadi dari kesan brek/ berhenti tiba-tiba adalah disarankan kotak travel diikatkan dengan selamat samada tali pinggang keledar ataupun tali tambahan, jika boleh. Letakkan kotak travel ini di mana kucing anda boleh melihat anda untuk menenangkannya.
Berhenti rehat dalam perjalanan
Bukakan sedikit tingkap kereta jika meninggalkannya di dalam kereta untuk tempoh seketika tetapi jangan biarkan kucing berkeliaran kenderaan.Jangan biarkan kucing dalam kereta untuk tempoh yang lama kerana terutamanya di hari panas(seperti cuaca negara kita) kerana boleh sebabkannya dehydrate=kekeringan/hilang air badannya serta bertambah tertekan kepadanya.selalunya kucing akan bernafas laju seperti terjelir lidahnya jika ini terjadi.
1 comment:
Nice tips nih...
Post a Comment