Sunday, August 9, 2015

Cara Atasi kucing hilang selera makan

Bila terjadinya kucing hilang selera makan adalah petanda ada masalah tersembunyi yang dihadapinya dan jika dibiarkan berkemungkinan risiko maut.Di awal prosesnya yakni bilamana kucing tidak makan secara biological nya sistem badannya akan mengunakan lemak/fat badan sebagai sumber alternatif.Lemak badannya akan dihantarkan ke hatinya untuk proses penguraian segala zat/vitamin dan sebagainya untuk digunakan olehnya pada ketika ini.Namun, kehadiran jumlah yang banyak/kerap lemak yang hadir di hatinya akan menyebabkan ketidakupayaan hatinya memproses dengan baik dan akhirnya terkumpul sebahagian kecil lemak di dalam hatinya.Ini akan memudaratkannya sendiri dan masalah hati dikenali sebagai "hepatic lipidosis".


Apa yang perlu dibuat adalah kenalpastikan sebab-sebabnya hilang selera dan antaranya adalah:
>sakit-antara sebab yang paling utama
> Dalam rawatan iaitu kucing yang perlu makan ubat-ubat (air adalah penting waktu ini)
>tertekan/tekanan-ini juga sebab-sebabnya yang agak tinggi kecenderungan terjadi
>masalah makanan: makanan basi/makanan lemau/makanan yang hilang bau/makanan yang dibiarkan lebih sehari
> Bekas/mangkuk makanannya: terlalu dalam/terlalu sempit - akan menganggu kedudukan misainya ketika makan akan sebabkannya tidak mahu makan.
>Tukar makanan: kucing mudah serasi/biasakan dirinya dengan sejenis makanan selepas memakannya dalam jangkamasa panjang dan jika di tukarkan dietnya akan sebabkannya tidak mahu makan makanan baru , bukannya hilang selera makan tapi masih tercari-cari makanan yang dia makan sebelum ini.


***Setelah dikenalpastikan sebabnya ambil langkah-langkah untuk atasinya Berdasarkan kepada punca sebabnya hilang selera makan*


Kadang-kadang anak kucing agak cerewet sedikit kepada makanan. Jika anda menghadapi masalah anak kucing kurang/tidak gemar memakan makanan kering/dryfood.Apa yang perlu dibuat adalah melembabkannya sedikit sebagai permulaan ataupun campurkan sedikit dengan makanan basah/wetfood. Secara beransur-ansur mengurangkan jumlah kelembapan makanan dan menambah makanan kering untuk penyesuaian makanan kepada anak kucing.

1 comment:

nontol flim online said...

makasih gan ifonya..sangat membantu saya dalam merawat kucing saya yg lagi gak nafsu mkn ni gan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...