Saturday, August 15, 2015

Kucing bergolek-golek di tanah

Kita dapat perhatikan bilamana kucing dibenarkan keluar dia akan berjalan ke kawasan yang agak bertanah samada kawasan lapang ataupun berumput untuk melakukan guling-gulingkan badannya. Ini bukan tingkah laku yang khusus untuk kucing, kebanyakan mamalia lain juga menikmati aktiviti bergolek,menggulingkan badannya dalam kotoran debu tanah ataupun pasir dan sebagainya, tetapi mengapa?


Kelakuan ini dikenali sebagai "mandi debu".Aktiviti ini dapat membantunya untuk ketegangan pada kulit, menggosok tempat gatal,regangan badan dan sebagainya.Ia juga boleh membantu untuk menghilangkan/meluruhkan bulu longgar ataupun rosak/mati dari badan kucing anda.Aktiviti ini juga memberi kesan penyejukan pada kucing, jadi rasanya baik untuk melakukan pada hari yang panas.Ini dapat dilihat kucing menguling-guling badannya di lantai "porch"kereta dan juga tepi jalan bertar (kucing yang tinggal di kawasan perumahan) .


ianya juga dapat membantu untuk membuang parasit seperti kutu, dan lainnya kerana di bahagian belakang badan tidak dapat dicapainya.Ketika dan selepas "mandi debu" ini kucing juga menandakan kawasan dengan kesan bau kelenjar badannya di kawasan tersebut.Kucing yang tinggal di dalam rumah (indoor cat), lebih cenderung untuk melakukan aktiviti ini bilamana ianya dilepas keluar kerana mereka mahukan badan mereka kembali berbau semulajadi.


Kita mungkin rasa menyakitkan hati kita apabila mereka pulang dengan kotoran/berdebu masuk ke dalam rumah dan meninggalkan kesan kotoran ini di atas sofa atau di katil tetapi sebenarnya kucing seolah-olah dapat keseronokan daripada aktiviti ini bergolek dalam kotoran.Lebih baik elakkan dari menghalangkannya melakukan aktiviti "mandi debu" ini kerana terdapat beberapa kebaikan untuknya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...