Sunday, December 27, 2015

Jangkitan Kulat Aspergillus kepada Kucing

Aspergillus adalah sejenis kulat yang mudah didapati dari persekitaran terutamanya kawasan tanah kering,berdebu,jerami kering ,rumput kering,daun kering,kompos tanah dan sebagainya.

Bagaimana Dijangkiti
Kucing sama juga seprti anjing menggunakan deria bau sebagai alat mengenal pastikan sesuatu yang dijumpainya dan kucing yang terdedah di luar kepada kawasan tanah ataupun rumput kering yang mempunyai kulat ini akan menyebabkannya boleh memasuki melalui lapisan lembap hidung kucing.Namun, jangkitan kulat ini dianggap sebagai jangkitan "oportunis", iaitu hanya berkemungkinan akan menjangikiti kucing yang sistem imun yang sudah dalam keadaan lemah tetapi tidak kepada kucing yang sihat dan kuat sistem antibodinya.


Kesan Jangkitan
Tanda-tanda yang sering dikaitkan adalah saluran hidung dan pernafasan akan mengeluar bunyi agak kuat semasa sedut udara.Fizikal bentuk hidung juga akan mulai berkudis, di mana jangkitan setempat dalam rongga hidung dan bahagian depan hidungnya. 
Antara simptomnya adalah:
>Hidung berair/beringus serta berdarah
>Bersin kerap
>Mata berair
>Ulser dalam rongga hidung
>Sakit sekeliling hidungnya
>Demam
<Hilang selera makan ataupun tidak makan sebab hidungnya rosak

Rawatan.
Rawatannya mudah didapati di Klinik vet kerana terdapat beberapa kaedahcara merawatnya dan antaranya adalah menggunakan ubat antifungal seperti "itraconazole or fluconazole" atau antifungal yang dititis masuk ke dalam rongga hidungnya ataupun pembedahan kecil perlu dilakukan sekiranya jangkitan agak teruk.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...