Tuesday, January 19, 2016

Kucing muntah cecair berwarna keperangan

Perut kucing agak sensitif dengan apa saja yang dimakan atau diminumnya samada dari makanan yang boleh dan selalu diambilnya.Ini kekadang akan menyebabkannya memuntahkan kembali samada makanan yang separa hadam ataupun terkeluar dalam bentuk cecair.

Salah satu keadaan yang sering ataupun mudah didapati adalah muntahannya dalam bentuk cecair.Apa yang perlu dipantau dan diteliti adalah warna cecair muntahannya untuk mengenalpastikan puncanya


Muntahan air berwarna perang/coklat cair adalah salah satu muntahan yang mudah terjadi kepada kucing yang berumur lebih setahun tanpa mengira jantinanya.
Muntahan sebegini iaitu muntah air keperangan adalah petunjuk ianya mencuba mengeluarkan sesuatu daripada perutnya yang tersumbat dan ini selalunya dikaitkan dengan gumpalan kusutan bulu-bulunya yang tersekat di dalam perutnya iaitu dikenali sebagai "hairball".Hairball terhasil daripada kesan tertelan bulu-bulunya sendiri bilamana ianya menjilat-jilat badannya ataupun kawannya semasa proses memandikan/menyejukkan/membersihkan dirinya.


*mudah terjadi kepada ibu kucing yang masih menyusu anak-anak kucing kerana siibu banyak menghabiskan masanya menjialt-jilat kesemua anak-anaknya lebih kerap*

Sebelum ianya muntahkan cecair ini ,kucing akan membuat batuk-batuk berulang-ulang kali sepertimana kita meneran kerongkong kita bilamana kita hendak membuang kahak di kerongkong dan akhir memuntahkan cecair keperangan.
Proses ini mungkin berulang beberapa hari (1-3hari ikut pengalaman ) dan akhirnya gumpalan bulu yang tersumbat akan dikeluarkannya.
Ada banyak produk yang dijual di petshop dan produk ini dapat melincirkan saluran pemakanannya supaya mudah dikeluarkan melalui muntah.Dengan penggunaan produk dapat mempercepatkan masa untuknya memuntahkan hairball.

Menyikat-yikatkan bulunya adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan kucing kesayangan menjilat bulunya sendiri kerana kucing secara nalurinya akan menjilat badannya bilamana adanya bulu-bulu gugur/mati .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...