Saturday, February 10, 2018

Masa pemulihan rawatan cacing untuk kucing

Merawat kucing samada anak kucing mahupun yang sudah dewasa untuk mengatasi masalah  kecacingan dengan segera adalah perkara penting yang perlu diambil samada ke doktor haiwan ataupun pemberian ubat cacing yang boleh dibeli terus dari mana-mana kedai haiwan.Ini adalah kerana cacing yang menumpang hidup di dalam usus kucing akan mengambil nutrien dari makanan yang dimakan kucing serta juga yang menghisap darahnya,Perkara nin jika dibiarkan berterusan tanpa rawatan akan menyebabkan masalah seperti anemia, kekurangan zat makanan, kehilangan berat badan dan serta juga boleh mengakibatkan masalah pernafasan.


Cara rawatan yang akan dicadangkan oleh doktor haiwan adalah bergantung kepada jenis cacing yang dialami oleh kucing. Cacing pita, "roundworm" dan "hookworm" adalah parasit yang paling biasa masalah kecacingan bagi kucing.
Cacing pita - dapat dikesan jika terdapat butiran seperti nasi yang tertinggal di tempat tidur kucing ataupun yang terlekat pada bulunya berhampiran bontotnya.
"Roundworm" pula ianya akan mengeluarkan seperti benang gegelung kecil, berwarna keputihan jernih.
"Hookworm" ianya boleh dikesan jika kucing mengeluarkan tompokan cecair yang berdarah kerana cacing jenis ini cakukkan diri mereka di dinding-dinding usus kucing dan menghasilkan pendarahan kecil.

Terdapat pelbagai rawatan yang boleh digunakan untuk membunuh cacing bersama-sama dengan telur serta larva mereka, ada yang menjadi ubat "semulajadi" manakala yang lain adalah ubat-ubatan klinikal. Jenis cacing yang dialami kucing akan menjadikan petunjuk bagi menentukan jenis ubatan yang bersesuaian oleh doktor anda akan menentukan berapa lama masa yang diperlukannya untuk dipulihkan.

"Disarankan agar mengumpul bukti-bukti kehadiran cacing kepada kucing dan bawa ia ke doktor haiwan untuk membantunya mengenalpastikan jenis cacing kucing dan ini membantu dalam menetapkan rawatan yang bersesuaian"

Kebanyakan ubat-ubatan berfungsi hanya dalam beberapa hari, tetapi secara umumnya doktor haiwan akan menyarankan agar terus memberikan ubat kepada kucing anda sehingga dua minggu untuk memastikan parasit/cacing yang dialami akan terhapus sepenuhnya.
Disarankan juga untuk membuat pemeriksaan lanjutan tiga atau empat minggu selepas rawatan selesai untuk memastikan bahawa kucing adalah bebas sepenuhnya sepenuhnya daripada masalah cacing.

"Kucing yang bebas diluar adalah lebih terdedah kepada masalah kecacingan berbanding kucing yang tinggal didalam rumah sepenuhnya"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...