Kucing yang mengawan sesama kucing yang mempunyai talianberkait rapat seperti dengan adik-bradiknya sendiri ataupun bapa serta juga ibu kandungnya disebut sebagai pembiakan inbreed yakni perhubungan pengawanan di dalam keluarga sendiri.
Adakah perkara sebegini akan menjadi masalah kepada mereka di kalangan kucing ataupun keadaan yang mungkin tidak logik bagi kita?
Di dalam dunia haiwan perkara berhubungkait dengan hubungan pengawanan antara satu sama lain adalah tidak penting dan bukannya faktor dalam kehidupan mereka dan ini juga termasuk di kalangan kucing.
Apakah kesan yang berkemungkinan?
Bagi haiwan, termasuk kucing, keberkesanan sistem imun mereka adalah bergantung kepada kepelbagaian genetiknya.Perbezaan dan kepelbagaian genetiknya adalah bergantung kepada 'pengawanan' di kalangan kucing yang tiada hubungan rapat dalam talian-darah mereka iaitu tidak datang dari keluarga terdekat di kalangan mereka seperti ibu , bapa dan adik-beradiknya.
Kucing yang dilahirkan dari ibu bapa yang sama adalah memiliki yang sangat serupa secara genetiknya dan begitu juga genetik mereka dengan ibubapanya.
Pengawanan sesama mereka tidak akan memudaratkannya secara umumnya.Pembiakan di kalangan mereka ini memungkinkan mereka menghasilkan anak-anak kucing tanpa sebarang masalah secara asasnya, Walaupun begitu berkemungkinan kesan dari pembiakan secara ini mungkin akan terjejas sistem imun dan masalah kesihatan/fizikal yang lain disebabkan genetik.
secara umumnya , disebabkan genetik dikalangan keluarganya, generasi baka yang dilahirkan berkemungkinan akan menghasilkan spesimen baka yang luar biasa iaitu kelainan yang terhasil secara "congenital" semasa dalam kandungan:
Rupa fizikal wajah yang tidak sekata
Hidung bengkok/kecil
Saiz mata yang tidak sekata dan tidak selaras
Rahang tidak selaras
No comments:
Post a Comment