Sunday, February 26, 2012

Jerawat Kepada kucing

Kucing juga tidak terkecuali mempunyai jerawat ataupun "acne" sepertimana kita juga.Jerawat ini selalunya terjadi dia bawah dagunya ataupun di bawah bibirnya.

 Kenapa ini Berlaku??
Kucing mempunyai kelenjar "sebaceous" iaitu kelenjar yang mengeluarkan sejenis minyak untuk melembatkan serta melincirkan permukaan kulitnya dn juga berfungsi uutnuk mengelakkan kegatalan kulitnya.Minyak ini juga dikeluarkannya untuk menandakan kawasannya ketika ianya mengeselkan dagu/kepalanya kepada sesuatu tempat & benda.

Kedudukan kelenjar  "sebaceous" 
Kelenjar ini terdapat di dagu serta di bawah bibirnya , di atas kelopak matanya,  di permukaan bawah ekornya dan beberapa temapt lainnya.


Puncanya Jerawat:
Secara umumnya kucing berjerawat berpunca dari salah satu sebab seperti dibawah:
>Kelenjarnya terlalu aktif mengeluarkan minyak
>Alergik kepada makanannya
>Tertekan "stress" yang mengalakkannya keluarkan minyak berlebihan
>Dari Bakteria yang terkumpul di bekas makanan/minuman yang diperbuat dari plastik
***Bakteria ini akan terpindah kepada ketika kucing makan?minum dari bekas yang kotor****

Cara mengatasinya:
>Gunakan bekasa makanan/minuman bukan dari bahan plastik dan perlu dicuci setiap hari seperti mangkuk dari bahan seramik.
>Cucuian harian di bahagian dagunya dengan anti septik serta juga di shampookan dengan shampoo berubat.
>Jika kucing hanya memakan wetfood , perlu ditukarkan kepada dryfood buat sementara.
>Kurangkan masalah stress darinya

Sunday, February 19, 2012

Cat boarding akhir February 2011

Seekor kucing betina DLH (domestic long hair) datang ke homestay KucingUtara buat pertama kali dari Kulim.Ianya akan menginap di sini untuk seminggu dan agak lama juga.

Nama Timangan: MeMey
Baka: Mix Persian
Jantina: Betina
Makanan: Royal Canin 36 


Tempoh penginapan: 12/2/12 sehingga 25/2/12


Saturday, February 18, 2012

Belang & geng ke homestay February 2011

Belang dan geng iaitu Bobo & Jojo datang bertandang ke Homestay Kucing Utara  disebabkan tuannya perlu menghadiri kursus di Melaka selama seminggu.

Nama Timangan: Belang
Baka : tempatan
Keadaannya: Mengandung

 Bobo &Jojo dan kedua-duanya jantan sudah di"neuter'kan....

Tempoh Penginapan :18/2/12 sehingga 24/2/12


Friday, February 17, 2012

Cat boarding Mid February 2011

Malam ini check in pula tiga lagi kucing-kucing comel belaka ke homestay KucingUtara.

Nama Timangan: Bella
Tempoh Penginapan: 17/2/12 sehingga 29/2/12

 Sepasang kucing di bawah ini pula sudah menjadi "regular customer" di sini dan kali bercuti di sini kerana tuannya keluar bercuti ke selatan tanahair.
Nama :Alia 

 Nama:Ali

Tempoh Penginapan: 17/2/12 sehingga 20/2/12


Minna datang Homestay Februari 2011

Minna , bekas anak kucing asuhan kami datang kembali ke Homestay kucingUtara untuk beberapa hari.Keadaan Minna sekarang amat sihat serta berisi jugak kali ini berbanding dulu.

Namanya: Minna
Baka :Persian Flatface
Makanan: Royal Canin 30
Berat badan : 2.5kg

Tempoh Asuhan: 17/2/12 sehingga 20/2/12

Monday, February 13, 2012

Makanan Anjing Tidak Untuk Kucing

Mungkin di antara kita tidak terfikir akan berbuat sebegini iaitu memberi makan kucing kesayangan kita dengan makanan anjing yang ada di dalam pasaran samada dryfood-kering ataupun wetfood-basah.Apa yang penting kita perlu ketahui fakta disebalik kehendak kedua-dua haiwan peliharaan ini.

Perbezaan Kehendak Zat Makanan:
>TAURINE adalah satu daripada acid amino yang diperlukan oleh kedua-dua haiwan ini samada anjing mahupun kucing tetapi masalahnya adalah kucing tidak boleh menghasilkan Taurine secara bioligikal dalam proses badannya tetapi anjing berkebolehan sebaliknya.
>>Makanan anjing mengandungi kandungan Taurine yang minima dan mungkin tiada langsung.


>VITAMIN A juga salah satu vitamin yang amat diperlukan kucing kerana ianya tidak berkebolehan untuk menghasilkan vitamin A secara biologikal dari Beta Carotene sebagaimana yang dapat dihasilkan oleh anjing dengan sendirinya.
>>Makanan anjing tidak mengandungi kandungan Vitamin A atupun mungkin dalam jumlah yang minima.

>PROTEIN adalah sumber terpenting dalam kandungan diet seharian untuk kucing kerana bersifat carnivor(Pemakan daging) berbandingkan anjing yang bersifat omnivor (pemakan daging & tumbuhan).
>>Makanan anjing mengandungi kandungan protein yang tidak dapat memenuhi kehendak seharian protein utnuk kucing.

***Kekurangan "taurine" kepada kucing boleh menyebabkannya akan hadapi masalah kesihatan di masa hadapan***

Tuesday, February 7, 2012

Cara memberi ubat pil kepada kucing

Pemberian ubat jenis pil ataupun ubat biji agak sukar kepada kucing kerana kucing tidak sukakan ubat berkemungkinan kerana tiada bau yang tidak menyenangkan ataupun ubat yng pernah dimakannya rasa tidak enak/pahit.Ini termasuk ubat untuk rawatan serta juga pil vitamin sebagai sumber tambahan.
Contoh ubat-ubatan seperti antibiotik,ubat tahan sakit, ubat cacing,ubat bengkak dan sebagainya

Contoh supplement untuk kucing seperti Brewer Yeast.

Cara Memberi ubat pil kepada kucing:
1) Suap ke dalam mulutnya secara terus(photo dibawah) sepertimana yang kita lakukan tetapi masalahnya timbul, kucing akan luahkannya kembali kerana tidak sukakan rasa ubat yang diberi.

2) Suapkan ubat dari sisi ataupun tepi mulutnya (seperti photo dibawah) adalah bertujuan supaya ubat memasuki hampir dengan kerongkongnya dan lidahnya tidak dapat meluahkan keluar.

3) Bantuan alat(photo di bawah) seperti picagari yang mempunyai "pemegang ubat" dihujung dan ditembak masuk terus ke kerongkongnya.
Hanya perlu 2-3 saat saja untuk menembak masuk ubat pil ini ke dalam mulut dan kucing akan terus menelannya.


Sunday, February 5, 2012

Geng Berat datang homestay kucing

Hari ini seperti biasa geng berat "Miley & The Gang" datang lagi ke homestay kucingutara sempena cuti panjang hujung minggu.


Mechiya dan Bones (photo di bawah) masing-masing baru selesai dan selamt jalani pembedahan spay.

Ini pula ubat-ubatannya yang perlu diberi setiap hari.

Tempoh penginapan: 5/2/12-7/2/12

Saturday, February 4, 2012

Tetamu Ke3 homestay kucing Februari 2012

Seperti biasa bila cuti berangkai menjelang utamanya hujung minggu "tomok" akan menjadi tetamu Homestay KucingUtara dan sudah seperti pelanggan tetap.

Apa yang menarik kali ini "tomok" sudah jayanya menambahkan berat badannya dan kini 4.4 kilogram dan bulu=bulunya pun nampak lebih segar dan bersinar.

Tempoh penginapan:4-feb sehingga 7-feb 2012

Tetamu Ke2 homestay kucing Februari 2012

Tetamu kedua yang datang "check In" ke Homestay Kucing Utara pagi ini adalah seekor kucing berbaka siamese dan masih lagi kecil berumur di dalam lingkungan 4 bulan.

Nama Timangan: Mylo
Baka: Siamese
Jantina :betina
Makanan: Dryfood tempatan

Kunjungan: Pertama kali
Tempoh penginapan: 4/2/12 sehingga 7/2/12


Thursday, February 2, 2012

Homestay Kucing Februari 2012

Picchu seekor anak kucing oren "persian" datang bertandang buat pertama kalinya ke homestay kucing utara untuk beberapa hari sempena cuti bersambung hujung minggu ini.

Nama timangan: Picchu
Baka: Persian
Bulu: long hair oren
Umur : 3 bulan
Makanan: Royal Canin Kitten 32

Tempoh Penginapan: 2-Feb 2012 sehingga 4 Feb 2012
Kunjungan: Pertama kali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...