Saturday, September 29, 2012

Asuhan Kucing October 2012

Hujung minggu berkunjung lagi 3 sekawan" kucing-kucing yang bersaiz besar untuk menginap di homestay KucingUtara untuk beberapa hari.

Jerry Paling besar & berisi ...berat badannya menjangkau 6kilogram semenjak mulai memakan dry food Iams adult Chicken.

 
Tempoh asuhan: sehingga Isnin

Monday, September 24, 2012

Bulu Kucing Kusut dan Bergumpal

Kusut bulu serta bergumpal-gumpal adalah masalah biasa dihadapi oleh untuk kucing , terutamanya kucing berambut panjang seperti Persian. Bukan sahaja ini bergumpal-gumpal kekusutan bulunya nampak hodoh, malah agak menyakitkan untuk haiwan kesayangan anda dan juga boleh menyebabkan kegatalan kulit atau jangkitan jika mereka tidak dikeluarkan.


"Grooming"Dandanan bulu kucing yang kusut adalah langkah pencegahan untuk menguraikannnya.Ini boleh dilakukan samada di petshop yang menyediakan perkhidmatan ini ataupun dibuat sendiri. Memberus kucing anda setiap hari akan membantu mencegah kekusutan , menjadi bersih dan bebas kekusutan. Walau bagaimanapun, jika haiwan kesayangan mengalami kusut bulu-bulunya,langkah-langkah berikut untuk menyingkirkannya:


Langkah 1: Hampiri kucing anda ketika dia tenang dan dalam keadaan selesa supaya mudah untuk kita mendandan "grooming"nya kerana proses ini agak menyakitinya.
Langkah 2: Semburkan anti tangle(seperti produk di bawah "Johnson's Anti Tangle" ke berus kucing dan memberus bulu-bulunya untuk membantu menlincirkan gumpalan bulu-bulu yang terhasil.


Langkah 3: Mulai memberus di kawasan yang lebih kecil gumpalannya daripada yang besar untuk mengelakkannya rasa tidak selesa kerana kesakitan, proses ini menguraikan gumpalan-gumpalan menjadi lebih kecil.Kemudian barulah bertindak ke kawasan yang gumpalannya besar..Sekiranya gumpalan yang sukar dileraikan guntingkannya untuk mengeluarkannya. Berhati-hati ketika gunting terutamanya terlalu hampir dengan permukaan kulit.

Langkah 4: Setelah proses ini dilakukan kusut-kusutnya menjadi lebih kecil dan mudah dielraikannya dengan pemberusan sikat secara menyeleuruh dan perlu dilakukan secara perlahan-lahan serta berhati-hatiketika memberus.
***Lebih baik dilakukan sendiri daripada menghantarkannya ke petshop untuk grooming kerana lebih mnejimatkan serta juga kucing akan lebih sayangi kita jika membantunya kerana proses ini seolah-olah kita membelai nya****

Sunday, September 23, 2012

Asuhan Kucing bulan august 2012

Kucing-kucing yang comel-comel belaka yang datang berkunjung ke Homestay Kucing Utara untuk bulan ogos....




Lily...yang datang untuk berubat kerana asyik cirit-birit walaupun sudah beberapa kali dirawat oleh Vet , namun tidak sembuh-sembuh dan Alhamdulillah , semenjak menginap dan sambil dirawat di sini , ciritnya sudah tiada lagi dan akhirnya dapat tahu yang ianya alah kepada makanan serta kekurangan/lemah daya tahan diri.Sekarang sudah makan makanan yang serasi dengannya iaitu Royal Canin 30.


MoMo datang menginap "berseorangan" kerana kawannya si KOKO hilang hampir seminggu.
Tempoh penginapannya:22/9/12 sehngga 29/9/12 (untuk bulan sept).......

Friday, September 21, 2012

Evening Primrose Syampu untuk kucing

Essential Fatty Acids  (EFA) adalah sejenis lemak taktepu yang badan tidak boleh mengeluarkan dan hanya diperolehi dari sumber makanan. Kehendak Asid Lemak adalah penting kerana memberikan tubuh dengan apa yang diperlukan untuk mengeluarkan membran sel, yang merupakan membran nipis yang mengelilingi semua sel-sel. Membran sel mengawal laluan bahan ke dalam dan keluar sel dan jika membran rosak, sel mungkin tidak mendapat pemakanan serta tidak berfungsi dengan sempurna.


Apabila tahap EFA tidak mencukupi pelbagai masalah boleh mengugatkan tahap kesihatan termasuk:
Keguguran rambut
Kering, kulit bersisik
Sakit, sendi bengkak
jantung dan peredaran darah yang tidak normal
Kelesuan
Ketidaksuburan
Mudah mendapat jangkitan
Hati disfungsi
struktur tisu yang lemah


Antara sumber Essential Fatty Acids  (EFA) adalah dari Minyak Evening Primrose untuk membantu penjagaan bulu dan kulit kucing supaya sentiasa sihat dan bersinar.Kaedah pengambilannya samada secara pemakanan ataupun mandian dengan syampu yang ditambah dengan Minyak Evening Primrose ini. Dibawah adalah  Evening Primrose Syampu untuk kucing dari keluaran Johnson's:


Syampu Minyak Evening Primrose Johnson menggalakkan bulu-bulunya menjadi lebih sihat dan berkilat untuk kucing serta juga mencergaskan dan menyegarkan, syampu akan membuatkan haiwan kesayangan anda dengan rasa lebih keselesaan.

Sunday, September 16, 2012

Masa galak Kucing Jantan

Bila tiba waktu matang dana galak bagi kucing jantan ,ianya akan merayau-rayau mencari pasangannya tanpa mengira jarak yang sudah dilaluinya serta juga akan meraung/mengiau kuat menarik perhatian kucing betina.Ini kerana kehendak seksualiti yang tinggi ,merangsangkannya untuk mencari pasangannya.

 Kematangan Kucing Jantan:
 Bila ianya mencapai umur matangnya seawal 6 bulan dan ada antaranya selepas 12 bulan , mereka ini akan membuat tandaan kawasannya dengan memancut beberapa tempat di persekitarannya sebagai amaran kepada kucing lain terutamanya jantan .Secara asasnya kucing jantan tidak ada masa "heat" galaknya, dan bila sudah masuk alam dewasanya ,kucing jantan sudah bersedia untuk mengawan.Secara nalurinya, kucing jantan tahu waktu musim mengawannya iaitu musim dimana kucing betina kebanyakan sudah bersedia/galak untuk di kawinkan dan masa inilah ianya akan merayau-rayau serta meraung bising.


Kucing jantan berkebolehan menghidu bau kehadiran kucing betina dalam jarak lingkungan 10-15 kilometer dan ini membuatkannya terus merayau-rayau mencari pasangan barunya.Keadaan ini juga bloeh membuatkannya merayau-rayau tanpa limit sehingga bertemu pasangan barunya dan secara tidak langsung boleh menyesatkannya dan tidak terfikir baginya untuk pulang sekiranya mudah baginya memdapat punca makanan barau di dalam perjalanannya.

Risiko:
Keadaannya yang merayau-rayau ketika mencari pasangan ini juga tidak dapat dihindarkan bahaya yang mungkin dihadapinya:
> Kemalangan jalanraya , sekiranya tempat rayauan yang itu kawasan bandar
>Dicederakan samada binatang yang yang bertembung dengannya seperti anjing ataupun dipukul oleh manusia yang tidak bertanggungjawab kerana kucing jantan akan mengiau sekuat hatinya tanpa henti tidak kira siang ataupun malam(Waktu Malam adalah lebih lagi diraungkannya)
>Bergaduh dengan kucing jantan lain dalam perebutan teman pasangan
>Dicederakan oleh kucing betina yang begitu aggresif selepas mengawan
>Luka yang dihadapinya boleh menyebabkannya mengalami bisul.



Tuesday, September 11, 2012

Pembuangan pertama Najis Anak kucing

Anak kucing yang baru dilahirkan sehingga berumur 3 minggu adalah dalam keadaan tidak berupaya berdikari lagi.Ini termasuk hal-hal pembuangan najis iaitu berak dan kencingnya.Secara asasnya anak kucing yang hidup semata-mata pada ketika ini hanya dengan meminum susu ibunya dan secara biologinya hanya akan menghasilkan bahan buangan >najis dalam bentuk cecair iaitu kencing bukannya tahi lagi kerana tiada bahan pejal yang dimakan serta dihadamkannya.

Bagaimana Ianya Membuang najisnya?
Disebabkan sumber makanannya adalah susu ibunya , najis yang terhasil adalah cecair "Kencing"nya namun, dikeluarkan sedikit saja dan tanpa masa tertentu serta adakalanya membuang hampir setiap waktu jaganya.


Peranan Ibu Kucing:
Ibu kucing akan menjilat mencucikan punggung anak-anak kucing untuk menghilangkan air kencing yang dibuangkan oleh anaknya sebaik yang mungkin dan tidak menjadi masalah terhadap ibu kucing yang termakan najis anaknya sendiri.Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan bau kencing ini dapat dikesan oleh musuhnya.

Selalunya anak kucing akan membuang najis> kencing selepas mereka meminum susu dan untuk pertama kalinya membuang air besar adalah selepas ianya mulai memakan sendiri makanan pejal seperti wetfood ataupun kibble >biskut kucing pada usianya selapas 6- 8 minggu.Di awal penghasilan najisnya adalah terlalu sikit masih bercampur air dan kekadang sukar untuk memastikan poo yang dihasilkan.

Friday, September 7, 2012

Cicak kepada Kucing

Kucing memang gemar bermain-main dengan serangga dan apa-apa haiwan kecil seperti lipas, burung,semut termasuk juga cicak sebagai latihannya memburu kerana ianya lebih bersifat ke arah pemburu.Cicak lebih mudah menarik perhatin kucng untuk menangkapkannya kerana cara pergerakannya yang berjalan & berhenti secara berulang-ulang serta bunyian yang dihasilkan (malah kita juga mengajuk bunyian cicak "cit cit" untuk menarik perhatian kucing).

Persoalannya adalah adakah cicak yang ditangkapnya boleh membahayakannya ataupun meracuninya jika tergigit ataupun termakannya?
Secara asasnya cicak rumah tidak membahayakan kucing dan anjing kerana mereka antibodi mereka boleh mengatasinya walaupun memakan ekornya yang terputus semasa melarikan diri.Cicak rumah tidak berbisa,
Namun begitu ,bergantung kepada kucing sendiri dan secara keseluruhan semua kucing boleh menerima ataupun memakan cicak tetapi ada juga yang alah kepada cicak dan memabukkannya secara sementara.Simptomnya ataupun tindakbalasnya adalah memuntahkannya keluar serta mengeluarkan air liur secara berlebihan dan sebagainya sepertimana ianya keracunan.

"Fakta> Pet iaitu dari kalangan kucing & anjing digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk mengawal kehadiran cicak rumah terutamanya dia dalam kapal pelayaran, gudang-gudang simpanan orang-ornag terdahulu"""

Monday, September 3, 2012

Kucing Suka duduk dalam kotak

Memang tidak dapat dinafikan , kucing malahan anak kucing agak gemar duduk di dalam kotak terutamanya kotak kadbod.Persoalannya kenapa mereka berbuat begitu dan sudah tentu ada sebab-sebabnya tersendiri.


Antara sebab-sebabnya:
>Kucing memang gemar bermain dari pandangan kita sebenarnya ini adalah salah satu cara latihan bersembunyi untuk menangkap mangsanya ketika memburu dan secara bermain-main sesama mereka dengan bersembunyi kemudian menerkam kawannya secara mengejut.
>Kucing rasa terselamat di dalam tempat yang sempit ruangnya walaupun keluasan tempat ini adalah sekadar memuatkannya seperti kotak kadbod, laci almari baju dan lain-lainnya terutamanya jika terletak di tempat tinggi.
>Kucing rasa selesa sekiranya ruang sekadar memuatkannya dan rasa lebih selamat.
*** Kaedah ini yang digunakan dalam penentuan saiz kotak "travel carrier" yang agak kecil walaupun bersaiz L dan cuma sekadar memuatkannya dan kucing lebih rasa selesa jika ianya memuatkannya tetapi bagi kita pula rasakan terlalu sempit untuknya.***


  >Tidak hanya kotak kadbod saja yang disukainya malah kucing juga lebih gemar duduk berjam-jam di dalam kotak pasirnya sendiri dan ini kerana ianya rasa terselamat kerana baunya agak kuat di sini dan mempercayai kawasan ini adalah kepunyaannya.
***Keadaan duduk di dalam kotak pasir tidak begitu baik untuknya  kerana boleh mengundang parasit seperti cacing, bakteria dan lain-lainnya menjangkiti berpunca dari pasir yang tercemar kerana najisnya sendiri.Sediakan kotak kadbod kepadanya untuk mengurangkannya melepak di tempat yang tidak sesuai***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...