Nufnang Ads

Followers

Saturday, January 13, 2018

3 peringkat Proses Ibu kucing Melahirkan anak

Proses melahirkan anak bagi kucing ataupun haiwan agak berbeza sikit kerana mereka perlu melahirkan anak-anaknya bergantung kepada jumlah anak yang dikandungkannya dan proses ini agak memenatkannya.Dengan itu adalah penting bagi kita untuk mengetahuinya bagaiman proses ini dilakukannya.


Proses bersalin ataupun beranak bagi kucing terdiri daripada tiga peringkat:

1) Peringkat pertama:
Ianya adalah melibatkan proses permulaan pengecutan rahim/uterus, pengenduran serviknya dan disertai pecah kantungnya (pecah air). Ibu kucing akan mula membuat bunyian "purring" dan agak mudah bermanja/bersosial semasa tahap pertama ini. Purring dianggap sebagai teknik baginya untuk menenangkan  dirinya untuk menghadapi proses beranak nanti.

2) Peringkat kedua :
adalah proses dimana janin ditekan-gerak keluar oleh kontraksi ataupun pengecutan rahim. Untuk kucing purata masa normal proses beranaknya adalah 16 jam dan masih di dalam  julat 4jam(paling cepat)-42 jam(paling lama- ada juga kes yang mengambil masa sehingga tiga hari dan ini juga dianggapkan sebagai normal).
Adalah penting bagi kita untuk mengambil tahu masa proses beranaknya sebelum campurtangan kerana jika diganggu ataupun campurtangan terlalu awal akan berkemungkinan mengugatkan proses beranaknya kerana kucing begitu sensitif ketika ini.


3) Peringkat  ketiga :
adalah penghantaran/pengeluaran uri anaknya yang baru dilahirkannya. Ibu Kucing betina akan mengulangi proses peringkat dua dan tiga bergantung kepada jumlah janin anaknya yang akan dilahirkan.Secara asasnya, Ibu kucing akan melahirkan anaknya janin diikuti oleh urinya akan menyertainya selepas anaknya dilahirkan. Ada juga ibu kucing akan melahirkan seekor ataupun dua ekor anaknya dan diikuti oleh satu atau dua urinya.


Sunday, November 5, 2017

Kesan bius pembedahan kepada kucing

Kesan sampingan anestesia dalam kucing bergantung kepada jenis ubatbius yang digunakan untuk pembedahan.

Langkah sebelum dibiuskan
Sebelum kucing anda menjalani pembedahan, doktor haiwan anda akan menjalani ujian darah dan air kencing, dan mungkin sinar-X, untuk memastikan kucing anda tidak mempunyai sebarang masalah terhadap proses bius anestetik.
Ianya disarankan agar kucing berpuasa  selama 12 -24jam sebelum pembedahan, untuk mengelakkan kucing muntah. Muntah itu boleh masuk ke dalam paru-parunya, mengakibatkan lemas atau aspirasi radang paru-paru.


Keadaannya selepas pembedahan
kucing anda yang pulang ke rumah pada hari yang sama ataupun hari berikutnya selepas pembedahan pemandulan samada neuter atau spay dan secara asasnya selepas ianya membuang najis pertamanya selepas pembedahan.Adalah normal bagi kucing yang baru selesai pembedahan untuk tidak menunjukan pergerakan usus dalam tempoh 24 jam pertama dan ini akan menghalangnya dari membuang najis. Pembuangan najis pertama selepas pembedahan adalah petunjuk yang kucing secara fizikalnya kembali normal.

Adalah disarankan agar ianya diletakkan di tempat yang tenang ,tersembunyi dan selamat supaya ianya dapat keselesaan untuk proses penyembuhan selepas pembedahan. Pastikan ianya tidak tunjuk kegelisahan yakni petunjuk tempat itu masih lagi tidak sesuai baginya.Naluri kucing adalah sama seperti keadaan tercedera dan memerlukan tempat yang selamat dari musuhnya iaitu tempat yang tersembunyi.

 Doktor haiwan anda akan memaklumkan anda apabila anda boleh mula memberi makan haiwan kesayangan anda.Kesan sampingan anestetik yang paling biasa adalah mengantuk selepas pembedahan, yang mungkin berlangsung sehari atau lebih.


Saturday, July 29, 2017

Bahasa Isyarat Kucing-Telinga

Berkomunikasi secara tanpa bersuara adalah salah satu kaedah yang dilakukan oleh haiwan iaitu melalui bahasa isyarat dan ini ditunjukkan juga oleh kucing. Mengubah kedudukan fizikal telinganya adalah salah satu cara ianya berkomunikasi secara fizikal tanpa suara.

Ketidak-selesaan kucing
Bilamana kucing yang merasa terancam atau tidak selesa, telinga berpaling ke arah sebelah sisinya secara mendatar dan membentuk sepertimana sayap kapal terbang dari setiap sisi kepala kucing. Kedudukan telinganya yang  menghadap ke sisi juga akan membuat dirinya rasa lebih dilindungi.Keadaan ini juga membantu menimbulkan sebarang bunyi yang tidak menyenangkan yang datang dari arah tersebut.
Pertimbangkan "telinga kapal terbang" sebagai peringatan awalnya untuk menyuruh sebarang ancaman yang dirasai agar mundur dan berhenti apa sahaja yang mendorong kucing merasa terancam.

Rasa Marah ataupun ketakutan
Kucing marah mendatar-ratakan telinga ketat ke kepala. Ini adalah persiapan dirinya jika tercetus pergaduhan dengan kucing lain dan juga untuk melindungi telinga daripada kecederaan akibat cakaran ataupun gigitan dari pihak lawannya .
Telinga kucing boleh dianggapkan sebagai alat pengesan-ukur kedaan mood kucing yang boleh membantu pemilik menjangkakan dan mengelakkan masalah yang berpotensi. Sekiranya kucing bertindak dengan agresif, lihatlah telinganya yang beralih ke tepi sebagai isyarat memberitahu kita bila perlu berhenti terutamanya ketika "petting" mengusap-usap badannya.Kucing akan menyerang jika kita mengabaikan amarannya.


Rasa Ingin-Tahu
Keadaan telinganya yang menghadap ke hadapan pula adalah isyarat ianya rasa ingin tahu ataupun berminat terhadap sesuatu yang terlihat olehnya. Telinga juga akan terbentuk corong  ke arah bunyi yang menarik perhatiannya, ini adalah untuknya mengumpulkan sebanyak maklumat yang boleh secara bunyian mengenai keadaan yang mungkin. Juga dapat diperhatikan bahawa walaupun semasa kucing tidur, kucing mengarahkan telinga ke arah bunyi walaupun bunyian yang serendah bunyi detik ditempat sunyi.


Rasa Bimbang
Telinga yang bergetar ataupun kelipan menunjukkan tahap rasa bimbangnya semakin meningkat. Keadaan telinganya yang menghadap ke sisi serta bergetar adalah isyarat tindak balas ransangannya terhadap benda yang membuatkannya rasa kebimbangannya meningkat.
Jika kucing lain yang menyebabkan rangsangan tidak hilang, kucing akan mendekati ke ancaman dan mulakan serangan.


Sunday, June 11, 2017

Keadaan Najis Kucing dan masalahnya

Najis kucing juga adalah langkah awal untuk mengenal pastikan masalah yang dihadapinya. Disertakan di bawah adalah senarai yang boleh dihubungkaitkan keadaan najisnya dan masalahnya.


1) Keadaan Najis:
    Kecil,keras,kering, mengandungi bulu, berbentuk panjang seperti tali
>>Kekerapan berak:
    Kurang dalam sehari ataupun tidak membuang najis.
>>Kemungkinan Masalah:
    Sembelit
>>Punca Masalah:
    Hairball(kerap menjilat bulunya),kurang air,masalah pemakanan,masalah colon.


2) Keadaan Najis:
    Cair,berair, lembut, berlendir,berbau kuat,najisnya mengalir keluar sentiasa, cair bercampur darah
>>Kekerapan berak:
    Sehari beberapa kali
>>Kemungkinan masalah:
    Cirit-birit
>>Punca masalah:
    Masalah usus/perut,parasit/cacing,alergik makanan, pertukaran makanan,tidak serasi makanan, kurang fiber dalam makanan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...