Saturday, January 9, 2021

Najis kucing berwarna HITAM pekat

Penampilan najis kucing yang berwarna hitam, berkilat, melekit, berbau busuk adalah berkemungkinan kucing menghadapi masalah secara klinikalnya dikenali sebagai Melena.

Melena adalah kehadiran darah yang dicerna di dalam najis dan menjadikan najis kelihatan hitam. Namun begitu, Melena adalah berbeza dengan darah segar di dalam najis yang dikenali sebagai hematochezia. Pada kucing, melena boleh memberi petunjuk hal keadaan penyakit yang dihadapinya dan berkemungkinan boleh mengancam nyawanya dan perkara ini tidak boleh diabaikan serta perlu ditangani terutamanya jika ia berterusan.



Penyebab Melena

Terdapat beberapa kemungkinan penyebab melena dan biasanya adalah penyakit saluran gastroususnya yang menyebabkan ulserasi atau menyebabkan pendarahan ke saluran tersebut dan antara sebab-sebabnya adalah:


>>Ulser seperti itu mungkin berlaku berikutan serangan stroke, jangkitan badan yang berlebihan, pengeluaran asid perut yang berlebihan dan juga kesan sampingan dari beberapa barah.

>>Kegagalan buah pinggang dan hati boleh menyebabkan pendarahan ke saluran usus.

>>Keradangan dinding usus (penyakit radang usus) boleh juga dikaitkan dengan melena.

>>Tumor usus atau benda asing boleh menyebabkan pendarahan.

>> Pengambilan Ubat-ubatan tertentu yang menyebabkan Kerengsaan dan ulserasi usus mungkin berlaku dengan terutama kortikosteroid dan aspirin.


>>Keracunan dari bahan kimia seperti  arsenik, plumbum, dan zink boleh menyebabkan melena, tetapi jarang berlaku pada kucing.

>>>Kesan dari pembedahan dilakukan pada saluran gastrointestinal atas, pendarahan mungkin berlaku ke saluran tersebut. Melena kemudian boleh terjadi dalam masa 12-72 jam selepas pembedahan. Melena ini adalah bersifat sementara.


Tanda-tanda Melena

Najis hitam pekat

Cirit-birit

Muntah

Gusi pucat

Kawasan pendarahan atau lebam lain di badan

Pengurangan berat

Selera makan yang lemah

Minum atau membuang air kecil secara berlebihan


Disarankan lebih baik untuk menentukan sebab-musababnya dikenalpastikan dari vet dan rawatan lanjut adalah bergantung kepada hasil kenalpasti puncanya dari vet.



Sunday, January 3, 2021

Kesan Bapa kucing mengawan anaknya sendiri?

Kucing yang mengawan sesama kucing yang mempunyai talianberkait rapat seperti dengan adik-bradiknya sendiri ataupun bapa serta juga ibu kandungnya disebut sebagai pembiakan inbreed yakni perhubungan pengawanan di dalam keluarga sendiri.




Adakah perkara sebegini akan menjadi masalah kepada mereka di kalangan kucing ataupun keadaan yang mungkin tidak logik bagi kita?

Di dalam dunia haiwan perkara berhubungkait dengan hubungan pengawanan antara satu sama lain adalah tidak penting dan bukannya faktor dalam kehidupan mereka dan ini juga termasuk di kalangan kucing.


Apakah kesan yang berkemungkinan?

Bagi haiwan, termasuk kucing, keberkesanan sistem imun mereka adalah bergantung kepada kepelbagaian genetiknya.Perbezaan dan kepelbagaian genetiknya adalah bergantung kepada 'pengawanan' di kalangan kucing yang tiada hubungan rapat dalam talian-darah mereka iaitu tidak datang dari keluarga terdekat di kalangan mereka seperti ibu , bapa dan adik-beradiknya.

Kucing yang dilahirkan dari ibu bapa yang sama adalah memiliki yang sangat serupa secara genetiknya dan begitu juga genetik mereka dengan ibubapanya.

Pengawanan sesama mereka tidak akan memudaratkannya secara umumnya.Pembiakan di kalangan mereka ini memungkinkan mereka menghasilkan anak-anak kucing tanpa sebarang masalah secara asasnya, Walaupun begitu berkemungkinan kesan dari pembiakan secara ini mungkin akan terjejas sistem imun dan masalah kesihatan/fizikal yang lain disebabkan genetik.





secara umumnya , disebabkan genetik dikalangan keluarganya, generasi baka yang dilahirkan berkemungkinan akan  menghasilkan spesimen baka yang luar biasa iaitu kelainan yang terhasil secara "congenital" semasa dalam kandungan:


Rupa fizikal wajah yang tidak sekata

Hidung bengkok/kecil

Saiz mata yang tidak sekata dan tidak selaras

Rahang tidak selaras

Sunday, December 27, 2020

Ibu Kucing memakan tahi anaknya?

 Persoalannya adalah bagi kita secara umumnya perkara yang dilakukan ibu kucing yang memakan sisa buangan anak-anaknya seperti najis besar and kecil yakni tahi dan kencing sebagai tindaklaku yang tidak normal dan logik kan???



Alasan Ibu Kucing:

Apa yang dibuat si ibu kucing sudah pastinya mempunyai sebab musabab ataupun alasannya berbuat sedemikian:

1) Anak-anak kucing yang masih disusui ibunya hanya akan membuang sisa perkumuhan sebagai air kencingnya 

2) Bilamana mereka sudah mulai pelajari memakan makan pejal dan ini akan terhasil sisa perkumuhan kepada dua bahagian iaitu kencing dan najis pejal (tahinya).

**Sejak dilahirkan anak-anak kucing tiada kemampuan bagi mereka untuk membersihkan segala najis yang dibunagkannya dan adalah tugas si ibu kucing untuk membersihkannya sebaik yang mungkin.Caranya menjilat bontot anak-anaknya dan secara tidak langsung akan termakan segala najis anak-anaknya.Perkara ini tidak menjadi kemudaratan kepada si ibu kucing kerana sistem penghadamannya boleh menuertalkan najis yang termakan. Perkara ini normal bagi sesetengah haiwan mamalia dan sebagai contohnya primat iaitu monyet ada kala nya akan meminum air kencing sendirinya***

Najis dan kencing yang terbuang tanpa dihapuskan akan mengundang isyarat bau kepada musuhnya tentang kehadiran mereka di tempat pensembunyiannya>Sebab itulah ibu kucing akan menyorokkan anak-anaknya di temapt tersembunyi dan sukar untuk dicapai ... di dalam rumah selalunya di bawah katil/almari dan sebagainya

Saturday, October 27, 2018

Kucing Kuat Tidur

Kucing tidur purata 15jam sehari, dan ada yang boleh tidur sehingga 20jam sehari!!!!

Kucing adalah haiwan pemburu berhubung kait dengan "kekeluargaan Singa"iaitu mereka perlu bekerja keras untuk mengejar dan memburu mangsanya terutama pada waktu malam. Perkara ini dapat dilihat sepertimana singa mempunyai corak yang sama tidur pada siang hari dan memburu pada waktu malam.

Walaupun kucing yang dibela-jinakkan sebahagian besarnya hidup di kalangan kita, mereka masih mengekalkan corak liar itu.Malah kucing semasa bermain akan memaparkan sifat naluri pemburuan semulajadinya .Ketika memburu mangsanya, mereka perlu menggunakan sejumlah tenaga yang luarbiasa. Tenaga ini tersimpan semasa ianya tidur dan umumnya kucing tidur 12-15jam sehari.

Keadaan kucing tidur
Kucing juga tidur sama seperti kita iaitu samada tidur ringan(tidur ayam) atau tidur nyenyak.
Apabila kucing hanya tidur ringan (tidur ayam) ianya hanya berlangsung sekitar lima belas minit hingga setengah jam, kucing akan tidur dalam kedudukan badannya baginya mudah bertindak samada bangun,melompat, menyerang dan sebarang posisi baginya bertindak jika terhidu ancaman. Kita boleh juga dapati kucing yang tidur ringan ini dalam keadaan sebelah mata terbuka separuh ataupun sepenuhnya.

Semasa tidur nyenyak, kucing mengalami pergerakan otak yang pesat. Tidur yang mendalam cenderung bertahan sekitar lima minit, selepas itu kucing kembali ke tahap tidur ringan kembali. Corak tidur ringan ini berterusan sehingga kucing bangun.

Waktu kucing suka tidur
 Kucing adalah crepuscular - yang bermaksud bahawa mereka paling aktif pada waktu senja fajar dan senja.Secara menyeluruh di waktu lain akan dihabiskan masanya untuk tidur terutamanya waktu tengahari. Kucing boleh tidur banyak, tetapi apabila mereka terjaga atau diganggu kejutkan, mereka akan aktif kembali seperti biasa.

Secara puratanya Anak Kucing dan kucing yang lebih tua cenderung tidur lebih banyak daripada kucing dewasa.


Saturday, February 10, 2018

Masa pemulihan rawatan cacing untuk kucing

Merawat kucing samada anak kucing mahupun yang sudah dewasa untuk mengatasi masalah  kecacingan dengan segera adalah perkara penting yang perlu diambil samada ke doktor haiwan ataupun pemberian ubat cacing yang boleh dibeli terus dari mana-mana kedai haiwan.Ini adalah kerana cacing yang menumpang hidup di dalam usus kucing akan mengambil nutrien dari makanan yang dimakan kucing serta juga yang menghisap darahnya,Perkara nin jika dibiarkan berterusan tanpa rawatan akan menyebabkan masalah seperti anemia, kekurangan zat makanan, kehilangan berat badan dan serta juga boleh mengakibatkan masalah pernafasan.


Cara rawatan yang akan dicadangkan oleh doktor haiwan adalah bergantung kepada jenis cacing yang dialami oleh kucing. Cacing pita, "roundworm" dan "hookworm" adalah parasit yang paling biasa masalah kecacingan bagi kucing.
Cacing pita - dapat dikesan jika terdapat butiran seperti nasi yang tertinggal di tempat tidur kucing ataupun yang terlekat pada bulunya berhampiran bontotnya.
"Roundworm" pula ianya akan mengeluarkan seperti benang gegelung kecil, berwarna keputihan jernih.
"Hookworm" ianya boleh dikesan jika kucing mengeluarkan tompokan cecair yang berdarah kerana cacing jenis ini cakukkan diri mereka di dinding-dinding usus kucing dan menghasilkan pendarahan kecil.

Terdapat pelbagai rawatan yang boleh digunakan untuk membunuh cacing bersama-sama dengan telur serta larva mereka, ada yang menjadi ubat "semulajadi" manakala yang lain adalah ubat-ubatan klinikal. Jenis cacing yang dialami kucing akan menjadikan petunjuk bagi menentukan jenis ubatan yang bersesuaian oleh doktor anda akan menentukan berapa lama masa yang diperlukannya untuk dipulihkan.

"Disarankan agar mengumpul bukti-bukti kehadiran cacing kepada kucing dan bawa ia ke doktor haiwan untuk membantunya mengenalpastikan jenis cacing kucing dan ini membantu dalam menetapkan rawatan yang bersesuaian"

Kebanyakan ubat-ubatan berfungsi hanya dalam beberapa hari, tetapi secara umumnya doktor haiwan akan menyarankan agar terus memberikan ubat kepada kucing anda sehingga dua minggu untuk memastikan parasit/cacing yang dialami akan terhapus sepenuhnya.
Disarankan juga untuk membuat pemeriksaan lanjutan tiga atau empat minggu selepas rawatan selesai untuk memastikan bahawa kucing adalah bebas sepenuhnya sepenuhnya daripada masalah cacing.

"Kucing yang bebas diluar adalah lebih terdedah kepada masalah kecacingan berbanding kucing yang tinggal didalam rumah sepenuhnya"



Saturday, February 3, 2018

Kenapa Kucing parsi mudah bertahi mata

Kucing parsi yang bermuka rata "flat faced' memang paling digemari kerana keunikan fizikal bentuk kepalanya yang membulat seperti epal dan bermuka rata serta hidungnya yang kecil.Tetapi masalahnya adalah mereka ini sentiasa bertahi mata dan matanya yang sentiasa berair dan ini menjadikannya sentiasa bermuka comot dan kotor jika tidak dicucikan selalu.


Keadaan Kelopak Mata
Antara punca kucing parsi yang mengalami tahi mata yang banyak adalah disebabkan keadaan kedudukan kelopak mata yang berkedudukan arah ke dalam matanya samada bahagian atas ataupun bahagian bawahnya.Umumnya kucing parsi lebih cenderung mengalami masalah kelopak mata di bahagian bawah matanya .Kedudukan ini menyebabkannya kelopak matanya sentiasa tertusuk ke permukaan matanya.Ini menghasilkan tindakbalas matanya untuk mengalir-keluarkan airmata sebagai pelindungan matanya sendiri.Namun, akhirnya tahi mata terkumpul-hasil di bawah matanya.
Keadaan ini agak jarang terjadi bagi kucing biasa, tetapi ianya cenderung kepada kucing-kucing berbaka "purebreed" seperti persian serta juga burmese adalah disebabkan keadaan genetik di mana sebahagian kelopak mata terbalik atau dilipat masuk ke dalam bola mata.


Pengeluaran air mata dari matanya secara berlebihan
Ia adalah gejala dan bukan penyakit tertentu dan dikaitkan dengan pelbagai keadaan. Air mata yang dikeluarkan oleh kucing adalah sebagai sistem pertahanan semulajadi yang membantu hidung serta saluran hidungnya lembap.
Setiap kali kucing mengelipkan matanya, air matanya akan tertolak keluar di bahagian luar kelopak mata dan mengalir turun ke hidung.Walau bagaimanapun, apabila kucing yang mengalami masalah sistem saluran "nasolacrimal" samada terhalang/tersumbat ataupun tidak berfungsi dengan betul, menghalang air mata daripada mengalir keluar secara normal.Ini menyebabkan air matanya kemudian melimpah keluar di mukanya sendiri dan penghasilan airmatanya nampak berlebihan kerana ianya tidak disalur-buangkan secara biologikal kerana masalah struktur saluran "nasolaccrimal"nya.
Kucing berbaka Parsi, Himalaya dan baka lain yang mempunyai fizikal muka-rata "Flat Faced" bersertakan berbulu panjang adalah baka kucing yang paling banyak dipengaruhi oleh masalah saluran yang terhalang .


Saturday, January 13, 2018

3 peringkat Proses Ibu kucing Melahirkan anak

Proses melahirkan anak bagi kucing ataupun haiwan agak berbeza sikit kerana mereka perlu melahirkan anak-anaknya bergantung kepada jumlah anak yang dikandungkannya dan proses ini agak memenatkannya.Dengan itu adalah penting bagi kita untuk mengetahuinya bagaiman proses ini dilakukannya.


Proses bersalin ataupun beranak bagi kucing terdiri daripada tiga peringkat:

1) Peringkat pertama:
Ianya adalah melibatkan proses permulaan pengecutan rahim/uterus, pengenduran serviknya dan disertai pecah kantungnya (pecah air). Ibu kucing akan mula membuat bunyian "purring" dan agak mudah bermanja/bersosial semasa tahap pertama ini. Purring dianggap sebagai teknik baginya untuk menenangkan  dirinya untuk menghadapi proses beranak nanti.

2) Peringkat kedua :
adalah proses dimana janin ditekan-gerak keluar oleh kontraksi ataupun pengecutan rahim. Untuk kucing purata masa normal proses beranaknya adalah 16 jam dan masih di dalam  julat 4jam(paling cepat)-42 jam(paling lama- ada juga kes yang mengambil masa sehingga tiga hari dan ini juga dianggapkan sebagai normal).
Adalah penting bagi kita untuk mengambil tahu masa proses beranaknya sebelum campurtangan kerana jika diganggu ataupun campurtangan terlalu awal akan berkemungkinan mengugatkan proses beranaknya kerana kucing begitu sensitif ketika ini.


3) Peringkat  ketiga :
adalah penghantaran/pengeluaran uri anaknya yang baru dilahirkannya. Ibu Kucing betina akan mengulangi proses peringkat dua dan tiga bergantung kepada jumlah janin anaknya yang akan dilahirkan.Secara asasnya, Ibu kucing akan melahirkan anaknya janin diikuti oleh urinya akan menyertainya selepas anaknya dilahirkan. Ada juga ibu kucing akan melahirkan seekor ataupun dua ekor anaknya dan diikuti oleh satu atau dua urinya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...